Thursday, September 29, 2005

saman...


saman, saman, saman...sape yang tak boring pasal saman.masuk ni dah dua kali aku kena saman. dulu saman double-line kat Labis, Segamat. nak cepat balik pagoh, aku main redah je.la ni aku kena saman ekzos plak. tak sangke plak aku kena saman.aku rasa sebab aku terlupa nak baca doa naik kenderaan.asalnye semua lepas. masa tu plak aku bukak radio kuat, aku dah nak blah je dia tiup wisel."Ekzos". aik, ekzos pun kena gak.ingat lepas.aku malas nak 'kautim' dengan pegawai tu.tak penah kena."Lesen dengan IC, encik. Kesalahan encik kerana ubah suai ekzos", arghhh.... terbang duit aku.ni tengah pening nak bayar.kaunter plak penuh,tengah ade 'sale'.diskaun 50% jek, sape tak nak.tapi kaunter plak tak strategik.agak-agak saman ekzos bape? ae sape2 yg penah kena?

Bulan ramadhan datang lagi.last year aku tak dapat nak 'menghayati' ramadhan coz keje shift malam.siang tido and malam kejenye pun tido gak.tapi keje settle dulu la.kalau tak, tak berkat.tapi yang tak best nye tu solat terawih sorang2. kalau dulu selalu g masjid.tapi lepas 8 raka'at cabut la..masa aku sekolah rendah lagi best, siap main merian besi. di ulang, meriam besi. bukan buluh. besi ni ada safety sket.lawan antara kampung.dulu aku main tak ingat dunia.masa aku darjah lima,ada orang sponsor main meriam.dia bagi meriam 8 batang with karbaid satu tin biskut.waktu tu plak musim hujan. lagi best.tak yah g jauh2 nak amik air.cedok je kat kaki tu.biasa time perayaan macam ni banyak operasi. so berhati-hati...

aurat

ISLAM ada cara hidup yang sempurna. Syariat Islammemberi panduan hidup yang sesuai dengan keperluantabii manusia. Hal ini termasuk berkaitan hubunganlelaki dan perempuan.
Sesungguhnya, Islam telah menetapkan cara terbaik baikbagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluan hidupmengikut keinginan dan keperluan sebenar, yang membawakebaikan dan mengelak perkara buruk, terutama terhadapperempuan.
Secara tabii, lelaki dan perempuan saling memerlukanbagi melengkapkan kehidupan sosial dan seks. Malah,Allah mencipta alam ini secara berpasang-pasang,saling melengkap antara satu sama lain.
Firman Allah bermaksud: “Maha Suci Allah yang menciptapasangan-pasangan semuanya baik daripada apa-apa yangditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka mahupundari apa yang mereka belum ketahui.” – (Surah Yasin,ayat 36).
Sememangnya Allah menjadikan manusia berpasangandengan rahmat-Nya. Namun, hubungan itu perludilangsungkan mengikut peraturan dan hubungandibenarkan. Manusia perlu sedar bahawa kehidupan didunia sebagai hamba-Nya perlu mematuhi apa yangdiperintahkan.
Sesungguhnya, Allah mencipta manusia untuk menyembahdan beribadat kepada-Nya. Sebagai imbalan, setiap apayang dilakukan akan diberi pembalasan pada akhiratnanti. Justeru, apa-apa yang ditetapkan oleh Allahtidak boleh diingkari, termasuk dalam bentuk hubunganlelaki dan perempuan.
Islam menetapkan perkahwinan sebagai hubungan yanghalal bagi lelaki dan perempuan memenuhi keperluanhidup berpasangan. Perasaan kasih sayang, kegembiraandan rasa tanggungjawab adalah pengikat kepada hubunganitu.
Firman Allah bermaksud: “Dan antara tanda kebesaranAllah adalah Dia menciptakan untukmu isteri-isteridaripada jenis kamu, agar kamu cenderung dan tenteramkepadanya dan dijadikan antara kamu rasa kasihsayang.” – (Surah ar-Rum, ayat 21).
Pasangan yang memilih memenuhi tuntutan lahiriah danbatiniah dalam hubungan lelaki dan perempuan tanpaikatan perkahwinan, melakukan kesalahan yangbertentangan dengan normal kehidupan manusia.
Sebenarnya, istilah ikatan perkahwinan bukan sajawujud dalam agama Islam, bahkan dalam semua ajaranagama lain. Hal ini jelas membezakan antara manusiadengan haiwan berkaitan hubungan berlainan jantina.
Hubungan seks membabitkan pasangan yang tiada ikatanperkahwinan dinamakan zina. Perbuatan zina diharamkankerana termasuk perbuatan keji melanggar ketetapanagama. Firman Allah bermaksud: “Dan janganlah kamumendekati zina, kerana sesungguhnya zina itu adalahsuatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk.” –(Surah al-Israk, ayat 32).
Al-Qurtubi ketika membuat tafsiran mengenai ayat inimenyebut: “Ulama berpendapat, kalimah “Dan janganlahkamu mendekati zina” adalah lebih bermakna berbanding“Janganlah kamu berzina”, kerana maksudnya adalah“Jangan sekali-kali hampiri zina”.
Perkara itu bermakna ditegah melakukan perbuatan yangboleh membawa kepada zina seperti berdua-duaan antaralelaki dengan perempuan, bersentuh-sentuhan, pandanganberahi, pergaulan bebas dan mengeluarkan kata-katayang membangkitkan berahi. Perbuatan menonton bahanlucah juga termasuk mendekati zina.
Biarpun zina dilakukan dengan kerelaan pasanganterbabit, perbuatan itu adalah ‘jenayah’. Hukumanterhadap penzina perlu dilaksanakan di dunia sepertikesalahan membunuh, mencuri dan perogol, sebagaipengajaran kepada semua terutama mereka mempunyaikeinginan melakukannya.
Hukuman ke atas penzina dijelaskan Allah dalam Surahan-Nur, ayat 2 bermaksud: “Perempuan yang berzina danlelaki yang berzina, maka deralah tiap-tiap seseorangdari kedua-duanya seratus kali dan janganlah belaskasihan kepada kedua-duanya sehingga mencegah kamuuntuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu berimankepada Allah dan hari kiamat, dan hendaklah(pelaksanaannya) hukuman mereka disaksikan olehsekumpulan daripada orang beriman.”
Hukuman dera (sebat) dikenakan kepada penzina belumpernah berkahwin. Adapun penzina yang pernahberkahwin, hukuman lebih berat dikenakan iaitu rejamsehingga mati. Hal itu berdasarkan hadis diriwayatkanBukhari, Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasaibermaksud:
“Telah berkata Umar: “Sesungguhnya diturunkan olehAllah kitab kepada Muhammad, maka antara ayat yangditurunkan itu ayat ‘rejam’. Kami telah membaca danmenghafal ayat itu dan Rasulullah telah merejam orangberzina dan kami juga menjalankan hukuman rejam.”
Islam memandang berat kesalahan zina keranamendatangkan pelbagai keburukan kepada pelakunya danmasyarakat. Kesannya ditanggung dalam tempoh lama,sedangkan nikmatnya sekejap. Sebab itu, pakarpsikologi dan sosiologi berpendapat punca keruntuhannilai kehidupan manusia adalah apabila melakukan seksbebas tanpa ikatan perkahwinan.
Perbuatan zina berlaku apabila melakukan sesuatu,termasuk dalam menghampiri zina. Perkara ini berlaku,terutama kepada pasangan yang belum pernah melakukanhubungan seks. Bahkan, ramai tidak bersediamelakukannya, dan menyesal apa yang telah terjadi,terutama di sebelah perempuan.
Apabila pasangan melakukan perbuatan menghampiri zina,syaitan menjadi pihak ketiga memainkan pengaruhnyamenggalakkan pasangan itu meneruskan perbuatan keji.Sesungguhnya syaitan amat bijak memperdaya manusiamelakukan kejahatan membabitkan nafsu seks.
Malah, sekali terjebak pengalaman seks, akan diulangberkali-kali. Ironisnya, tangisan dan penyesalan tidaklagi mampu menghalang perbuatan itu berulang. Sekalisyaitan berjaya mempengaruhi melakukannya, mudahlahuntuk kesekian kalinya.
Justeru, Islam menggariskan batasan hubungan antaralelaki dan perempuan agar tidak mudah diperdayasyaitan. Lelaki dan perempuan tanpa ikatan perkahwinantidak dibenarkan berada berdua-dua di tempatterlindungan pandangan daripada orang ramai.
Rasulullah saw mengingatkan perkara tersebut melaluisabda bermaksud: “Jangan sekali seorang lelakibersama-sama dengan perempuan yang tidak halalbaginya, kerana yang ketiganya adalah syaitan, kecualikalau ada mahramnya.” – (Hadis riwayat Ahmad).
Hadis diriwayatkan at-Tirmizi pula bermaksud: “Apabilaseorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita,yang ketiga ialah syaitan.”
Batasan hubungan lelaki dan perempuan perlu dijaga.Dosa lelaki bersentuhan dengan perempuan amat berat,apatah lagi melakukan zina.
Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Jika salah seorangdaripada kamu ditikam di kepalanya dengan sebatangbesi, itu adalah lebih baik daripada dia menyentuhseorang perempuan yang diharamkan dia menyentuhnya.” –(Hadis riwayat Tabrani).
Islam menetapkan peraturan dalam memelihara maruah danadab hubungan antara lelaki dan perempuan yang antaralain bertujuan mengelak zina.
Firman Allah dalam Surah an-Nur ayat 30 bermaksud:“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang lelaki yangberiman supaya mereka menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram) dan memeliharakehormatan mereka.”
Perempuan tidak dibenarkan mendedahkan perhiasan tubuhmereka kecuali yang zahir atau melakukan perbuatanmenyebabkan lelaki tertarik kepada mereka sehinggaterdorong nafsu berahi.
Firman Allah bermaksud: “Katakan kepadaperempuan-perempuan yang beriman supaya menyekatpandangan mereka (daripada memandang yang haram), danmemelihara kehormatan mereka, dan janganlah merekamemperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yangzahir daripadanya.” – (Surah an-Nur, ayat 31)."
oleh Oleh Lokman Ismail

SALADIN : by mightycontract (ddz)

Assalamualaikum..Adapaun sebagai menunaikan apa yg aku cakap,makamarilah kita kongsi serba sedikit mengenai pahlawanSabil akhir zaman yg dikenang dari barat ke timur ygjuga merupakan pembela akidah alussunnah wal jamaah.Ia Adalah Salahuddin Al Ayubi (Saladin)Artikel ni agak panjang, tak rugi baca kerana ianyabermanpaat.
Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak orangKurdi biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain,belajar ilmu-ilmu sains di samping seni peperangan danmempertahankan diri. Tiada seorangpun yang menyangkasebelum ia menguasai Mesir dan menentang tentera Salibbahawa anak Kurd ini suatu hari nanti akan merampaskembali Palestin dan menjadi pembela akidah Islamiahyang hebat. Dan tiada siapa yangmenyangka pencapaiannya demikian hebat sehinggamenjadi contoh dan perangsang memerangi kekufuranhingga ke hari ini.
Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Baratmenyifatkan Salahuddin sebagai anak seorang governoryang memilliki kelebihan daripada orang lain tetapitidak menunjukkan satupun tanda-tanda ia akan menjadiorang hebat pada masa depan. Akan tetapi iamenunjukkan akhlak yang mulia.
Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untukmenjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telahmenyediakan dan memudahkan jalan-jalannya untukmenjadi pemimpin agung itu. Ketika ia menjadi tenteraAl-Malik Nuruddin, sultan Aleppo, ia diperintahkanuntuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintaholeh sebuah kerajaan Syi'ah yang tidak bernaung dibawah khalifah. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utamaSalahuddin telah menulis bahawa Salahuddin sangatberat dan memaksa diri untuk pergi ke Mesir bagaikanorang yang hendak di bawa ke tempatpembunuhan (Bahauddin, 1234).
Tetapi itulah sebenarnya apa yang dimaksudkan denganfirman Allah, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamumenyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu"(Al-Baqarah:216)
Pertukaran Hidup Salahuddin al Ayubi
Ketika Salahuddin menguasai Mesir, ia tiba-tibaberubah. Ia yakin bahwa Allah telah mempertanggungjawabkan kepadanya satu tugas yang amat berat yang takmungkin dapat dilaksanakan jika ia tidakbersungguh-sungguh. Bahauddin telah menuliskan dalamcatatannya bahwa Salahuddin sebaik-baik sahaja iamenjadi pemerintah Mesir. Dunia dan kesenangannyatelah lenyap dari pandangan matanya. Dengan hati yangrendah dan syukur kepada Allah ia telah menolakgodaan-godaan dunia dan segala kesenangannya(Bahauddin,1234).
Bahkan Stanley Lane Poole(1914) telah menuliskan bahwaSalahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebihkeras. Ia bertambah wara' dan menjalani hidup yanglebih berdisiplin dan sederhana. Ia mengenepikancorak hidup senang dan memilih corak hidup "Spartan"yang menjadi contoh kepada tenteranya. Ia menumpukanseluruh tenaganya untuk satu tujuan yaitu untukmembina kekuasaan Islam yang cukup kuat untukmenghalau orang kafir dari tanah air Islam.
Salahuddin pernah berkata, "Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin Dia juga bermaksudPalestin untukku. Ini menyebabkan ia memenangkanperjuangan Islam. Sehubungan dengan ia telahmenyerahkan dirinya untuk jalan jihad.
Semangat Jihadnya
Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad dijalan Allah. Bahauddin telah mencatatkan bahawasemangat Salahuddin yang berkobar-kobar untuk berjihadmenentang tentera Salib telah menyebabkan jihadmenjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya. Iasentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuatpasukan tenteranya, mencarimujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad.
Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaanjihad ia akan memberikan sepenuh perhatian.Sehubungan dengan ini ia lebih banyak di dalam khemahperang daripada duduk di istana bersama sanakkeluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihadakan mendapat kepercayaannya. Siapa sahaja yangmemerhatikannya akan dapat melihat apabila iatelah memulakan jihat melawan tentera salib ia akanmenumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapanperang dan menaikkan semangat tenteranya.
Dalam medan peperangan ia bagaikan seorang ibu yanggarang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh olehtangan jahat. Ia akan bergerak dari satu hujung medanpeperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkantenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allahsemata-mata. Ia juga akan pergi ke seluruh pelosoktanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusiasupaya bangkit membela Islam.
Ketika ia mengepung Acre ia hanya minum, itupunselepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makanbeberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hinggasenin kerena ia tidak mau perhatiannya kepadapeperangan terganggu. (Bahauddin, 1234)
Peperangan Hittin (dlm movie tu perang ni selepasinsiden kat Karek Castle, perang yg cuma tunjuk ygKristian dah kalah)
Satu siri peperangan yang sengit telah berlaku antaratentera Salahuddin dengan tentera Salib di kawasanTiberias di kaki bukit Hittin. Akhirnya pada 24Rabiul-Akhir, 583 H, tentera Salib telah kalah. Dalampeperangan ini Raja Kristian yang memerintah Palestintelah dapat di tawan beserta adiknya Reginald dariChatillon. Pembesar-pembesar lain yang dapat ditawanialah Joscelin dari Courtenay, Humphrey dari Torondan beberapa orang ternama yang lain. Ramai jugatentera-tentera Salib berpangkat tinggi telahtertawan. Stanley Lane-Poole menceritakan bahwa dapatdilihat seorang tentera Islam telah membawa 30 orangtentera Kristian yang ditawannya sendiri diikat dengantali khemah.
Mayat-mayat tentera Kristian bertimbun-timbun sepertibatu di atas batu di antara salib-salib yang patah,potongan tangan dan kaki dan kepala-kepala manusiaberguling. Diperkirakan 30,000tentera Kristian telah mati dalam peperangan ini.Setahun selepas peperangan, timbunan tulang dapatdilihat memutih dari jauh.
Kecintaan Salahuddin kepada Islam
Peperangan Hittin telah menyerahkan kecintaanSalahuddin kepada Islam. Stanley Lane-Poole menulisbahawa Salahuddin berkhemah di medan peperangan semasapeperanggan Hittin. Pada satu ketika setelahkhemahnya didirikan diperintahkannya tawanan perangdibawa ke hadapannya. Maka dibawalah Raja Palestin danReginald dari Chatillon masuk ke khemahnya.Dipersilakan sang Raja duduk di dekatnya.
Kemudian ia bangun pergi ke hadapan Reginald laluberkata, "Dua kali aku telah bersumpah untuk membunuhnya. Pertama ketika ia bersumpah akan melanggar duakota suci dan kedua ketika ia menyerang jamaah haji.Ketahuilah aku akan menuntut bela Muhammad sawatasnya". Lalu ia menghunuskan pedangnya dan memenggalkepala Reginald. Mayatnya kemudian dibawa keluar olehpengawal dari khemah.
Raja Palestin melihat adiknya dipancung, iamengeletar kerana menyangka gilirannya akan tiba.Tetapi Salahuddin menjamin tidak akanmengapa-apakannya sambil berkata, "Bukanlah kelazimanseorang raja membunuh raja yang lain, tetapi orang itutelah melanggar segala batas-batas, jadi terjadilahapa yang telah terjadi".
Tindakan Salahuddin adalah disebabkan kebiadabanReginald kepada Islam dan Nabi Muhammad saw. Bahauddinbin Shaddad, penasihat kepercayaanSalahuddin mencatatkan bila jamaah haji dari Palestindiserang dicederakan tanpa belas kasihan olehReginald, di antara tawanannya merayu supaya merekadikasihani. Tetapi Reginald dengan angkuhnyamengatakan, "Mintalah kepada Nabi kamu, Muhammad,untuk menyelamatkan kamu". Ketika ia mendengar beritaini ia telah berjanji akan membunuh Reginald dengantangannya sendiri apabila ia dapat menangkapnya.
Menawan Baitul Muqaddis
Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudahkepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis.Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddinsangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddishinggakan bukitpun akan mengecut dari bebanan yangdibawa di dalam hatinya. Pada hari jumaat, 27 Rajab,583H, iaitu pada hari Isra' Mi'raj,Salahuddin telah memasuki banda suci tempat Rasulullahsaw. naik ke langit.
Dalam catatan Bahauddin ia menyatakan inilahkemenanganatas kemenangang. Ramai orang yang terdiri dari ulama,pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasadatang merayakan gembira kemenangan ini. Kemudiannyaramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semuaulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untukmengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Bolehdikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang.Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkanAllah" telah memenuhi langit.
Selepas 90 tahun kini sembahyang Jumaat telah diadakansemula di Baitul Muqaddid. Salib yang terpampang di'Dome of Rock' telah diturunkan. Betapahebatnya peristiwa ini tidak dapat digambarkan. HanyaAllah saja yang tahu betapa hebatnya hari itu.
Salahuddin yang Penyayang
Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasapeperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejamanmusuh Kristiannya. Ahli sejarah Kristian pun mengakuihal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikanhati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalasdendam. Ia telah menuliskan yang Salahuddin telahmenunjukkan ketiggian akhlaknya ketika orang-orangKristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegahsegala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaranorang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.
Semua jalan keluar-masuk ke Baitul Muqaddis ditangannya dan seorang yang amanah telah dilantik dipintu Nabi Daud untuk menerima wang tebusan daripadaorang-orang Kristian yang ditawan. Lane-Poole jugatelah menuliskan bahawa Salahuddin telah mengatakankepada pegawainya, "Adikku telah membuat infak, Padribesar pun telah benderma. Sekarang giliranku pula".Lalu ia memerintahkan pegawainya mewartakan dijalan-jalan Jerusalem bahawa sesiapa yang tidak mampumembayar tebusan boleh dibebaskan. Makaberbondong-bondonglah orang keluar dari pintu St.Lazarus dari pagi hingga ke malam. Ini merupakansedekah Salahuddin kepada orang miskin tanpamenghitung bilangan mereka.
Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pulatindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan BaitulMuqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatatdalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancredmenunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalanitu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islamyang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanahdari jarak dekat di atas bumbung dan menararumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yangmengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secaraberamai-ramai telah mencermarkan kesucian gereja dimana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan. Makasangat bernasip baik orang-orang Kristian apabilamereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin.
Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukanJerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin,maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorangpenakluk yang paling penyantun dan baik hati dizamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.
Perang Salib Ketiga
Perang Salib pertama ialah kejatuhan Palestin kepadaorang-orang Kristian pada tahun 1099 (490H) manakalayang kedua telah dimenangi oleh Salahuddin dalampeperangan Hittin pada tahun 583H (1187M) di manabeberapa hari kemudian ia telah menawan BaitulMuqaddis tanpa perlawanan. Kekalahan tentera Kristianini telah menggegarkan seluruh dunia Kristian. Makabantuan dari Eropah telah dicurahkan ke bumi Palestin
Hampir semua raja dan panglima perang dari duniaKristian seperti Fredrick Barbossa raja Jerman,Richard The Lion Heart raja England, Philips AugustusrajaPerancis, Leopold dari Austria, Duke of Burgundy danCount of Flanders telah bersekutu menyerang Salahuddinyang hanya dibantu oleh beberapa pembesar nya dansaudara maranya serta tentaranya untuk mempertahankankehormatan Islam. Berkat pertolongan Allah merekatidak dapat dikalahkan oleh tentera bersekutu yangbesar itu.
Peperangan ini berlanjutan selama 5 tahun hinggamenyebabkan kedua belah pihak menjadi lesu dan jemu.Akhirnya kedua belah pihak bersetuju untuk memuatperjanjian di Ramla pada tahun 588H. Perjanjian inimengakui Salahuddin adalah pengusa Palestin seluruhnyakecuali bandar Acre diletakkan di bawah pemerintahanKristian. Maka berakhirlah peperanganSalib ketiga.
Lane-Poole telah mencatatkan perjanjian ini sebagaiberakhirnya Perang Suci yang telah berlajutan selama 5tahun. Sebelum kemenangan besar Hittin pada bulanJulai, 1187 M, tiada satu inci pun tanah Palestin didalam tangan orang-orang Islam. Selepas PerjanjianRamla pada bulan September, 1192 M, keseluruhanyamenjadi milik mereka kecuali satu jalur kecil dariTyre ke Jaffa. Salahuddin tidak ada rasa malu apapundengan perjanjian ini walaupun sebahagian kecil tanahPalestin masih di tangan orang-orang Kristian.
Atas seruan Pope, seluruh dunia Kristian telahmengangkat senjata. Raja England, Perancis, Sicily danAustria serta Duke of Burgundy, Count of Flanders danberatus-ratus lagi pembesar-pembesar telah bersekutumembantu Raja dan Putra Mahkota Palestin untukmengembalikan kerajaan Jerusalem kepada pemerintahanKristian. Walau bagaimanapun ada raja yang mati danada yang balik dan sebahagianpembesar-pembesar Kristian telah terkubur di TanahSuci itu, tetapi Tanah Suci itu masih di dalam tanganSalahuddin.
Selanjutnya Lane-Poole mencatatkan, seluruh kekuatandunia Kristian yang telah ditumpukan dalam peperanganSalib ketiga tidak mengoyangkan kekuatan Salahuddin.Tenteranya mungkin telah jemu dengan peperanganyang menyusahkan itu tetapi mereka tidak pernah undurapabila diseru untuk menjualkan jiwa raga mereka dijalan Tuhan. Tenteranya yang berada jauh di lembahTigirs di Iraq mengeluh dengan tugas yang tidakhenti-henti, tetapi ketaatan meraka yang tidak pernahberbelah bagi.
Bahkan dalam peperangan Arsuf, tenteranya dari Mosul(sebuah tempat di Iraq) telah menunjukkan ketangkasanyang hebat. Dalam peperangan ini, Salahuddin memangboleh memberikan kepercayaan kepada tentra-tenteranyadari Mesir, Mesopotamia, Syria, Kurds, Turkmans, tanahArab dan bahkan orang-orang Islam dari mana-manasaja. Walaupun mereka berlainan bangsa dankaum tetapi Salahuddin telah dapat menyatukan merekadi atas jalan Tuhan dari pada mula peperangan padatahun 1187 hinggalah berakhirnya pada tahun 1192.
Lane-Poole juga menuliskan dalam peperangan iniSalahuddin sentiasa syura. Ia mempunyai majlis syura(musyawarah)yang membuat keputusan-keputusanketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkankeputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiadasiapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapayang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanyasama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya,anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabatlamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendaharidansetiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang samabanyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanyamenyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apapun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu,mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.
Wafatnya Salahuddin
Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddinke rahmatullah selepas berhempas puas mengembalikantanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin binShaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulismengenai hari-hari terakhir Salahuddin. Pada malam 27Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telahmenjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yangwara' telah diminta menemani Salahuddin di Istanasupaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah bolehdiperdengarkan kepadanya.
Memang pada malam itu telah nampak tanda-tandaberakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telahduduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepasmembacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalupingsan dan sedar sebentar. Apabila Syeikh Au Jaafarmembacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkanDia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata"(Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambilsenyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira iaberkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkankata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masaini ialah sebelum subuh, 27 Safar.
Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidakmeninggalkan harta kecuali satu dinar dan 47 dirhamketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang ditinggalkannya tidak cukupuntuk ongkos pengkebumiannya. Keluarganya terpaksameminjam wang untuk menanggung ongkos pengkebumianini. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorangmenterinya.
Salahuddin yang Wara'
Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddintelah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Satuhari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergisembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyangberjemaah, bahkan ketika sakitnya ia akan memaksadirinya berdiri di belakang imam. Disebabkansembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan olehRasulullah saw, ia sentiasa mengerjakan sembahyangsunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidakdapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketikahampir subuh. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyangdi belakang imam ketika sakitnya, kecuali tigaterakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalupingsan.
Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Iatidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyaiharta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akanmenyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskindan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnyaia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinarwang emas. Ia tidak meninggalkan harta.
Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidakpernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanyasekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketikasakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihatkannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbukadengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahubila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayarfidyah.
Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddinteringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi iatidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewafatannya,keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jaditetapi ditakdirkan tidak. Ia sangat gemar mendengarbacaanQur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali dudukmendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnyasehingga 3 atau 4 juzu' semalam. Ia mendengar dengansepenuh hati dan perhatian sehingga air matanyamembasahi dagunya.
Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw.Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanyaduduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadisdatang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya.Kadang kadang ia sendiri membacakan hadis dengan matayang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang iaberhenti di antara musuh-musuh yang datang untukmendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.
Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolonganAllah. Ia biasa meletakkan segala harapan nya kepadaAllah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satuketika ia berada di Jerusalem yang pada masa ituseolah-olah tidak dapat bertahan lagi daripadakepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaansangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suciitu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk.Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan Salahuddinsahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itudengan bersembahyang dan munajat.
Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapijawanya, "Ku fikir kau mengantuk. Pergilah tidursejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergimendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuhtangannya. "Aku tidak tidur semalam" katanya. Selepassembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kenapamunajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya?". Laluiabertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"
Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilahsebelum pergi ke masjid Aqsa. Keluarkanlah infaqdengan sembunyi2. Apabila kau tiba di masjid,sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempatRasulullah saw pernah sembahyang sebelum mi'rajdahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat ditempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan ucapan "Ya Tuhanku, aku telahkehabisan segala bekalanku. Kini aku mohonpertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Akuyakin hanya Engkau saja yang boleh menolongku dalamkeadaan yang genting ini"
Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allahakan mengkabulkan doamu". Lalu Salahuddin melakukanapa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketikadahinya mencecah bumi sambil menangis hingga airmatanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempatsembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapiaku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hariitu berakhir. Kekalahan berlaku di antara musuh-musuhyang menyampaikan berita baik bagi kami beberapa harikemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah merekadan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"
Perangai Salahuddin
Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalahseorang Islam yang taat kepada Allah, sangat pekakepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dantekun. Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utamaSalahuddin telah mencatatkan ia telah memberikan masauntuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnindan Selasa. Pada masa ini ia disertai olehpembesar-pembesar negara, ulama dan kadi. Semua orangboleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakanaduan yang diterimanya dan mengucapkan untukdituliskan oleh juru tulis tindakan yang perlu diambildan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Iatidakpernah membenarkan orang meninggalkannya selagi iabelum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yangsama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.
Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendengarkandengan teliti dan kemudian memberikan keputusannya.Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduanberkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengansegera ia memanggil anak saudaranya itu dan memintapenjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yangmembuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yangmemerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itudidapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orangitu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.
Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemahlembut, penyabar dan sangat benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapanpembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika merekamelakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidakpernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air mukamereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum,tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikankepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata,"Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum airyang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.
Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepasmengalami sakit yang agak lama. Didapatinya air yangdisediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk.Sebanyak dua kali khadamnya menyebabkan air sejukterpercik kepadanya. Disebabkan ia belum benar-benarsihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkatakepada khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak sukakepadaku". Lalu khadam itu cepat-cepat minta maaf danSalahuddin terus memaafkannya.
Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwayang menunjukkan sifat pemurah dan baik hatiSalahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannyapun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika iatelah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorangperwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakankeinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengansenang hati ia memberikannya. Bahkan dalam beberapaketika ia menjualkan hartanya semata-mata untukmembeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin,bendaharinya selalu merahsiakan baki uang simpananuntuk digunakan semasa kecemasan.
Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negarasehingga habis. Salahuddin pernah mengatakan baginya uang dan debu sama saja. "Aku tahu", kataBahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidakpernah membiarkan tetamunya meninggalkannyatanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tandapenghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. RajaSaida pernah menemui Salahuddin dan ia menyambutnyadengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat danmengambil kesempatan menerangkan Islam. BahkanSalahuddin sentiasa mengirimkan ais dan buah-buahankepada Richard the Lion Heart, musuh ketatnya, ketikaRajainggris itu sakit.
Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudahterkesan apabila melihat orang dalam kesusahan dankesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristiandatang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itumenangis dan meraung di depan Salahuddin sambilmenceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuanitu seterusnya mengatakan ia telah umumkan hanyaSalahuddin saja yang boleh mendapatkan bayi itukembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita perempuanitu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasarhamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapatdibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakankesejahteraan Salahuddin.
Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihanbelas kepada anak-anak yatim. Bila ia terjumpaanak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orangmenjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiriyang akan menjaga dan membesarkan anak yatim yangditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang tuaatau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaanyang khas kepada mereka apabila ia bertemu denganorang sedemikian.
Kesungguhan dan Semangat
Ketika mengepung bandar Acre, Bahauddin mencatatkanbahwa Salahuddin mengidap sakit berat yangmenyebabkan beliau sangat susah untuk bangun. Meskipundemikian, ia keluar menunggang kudanya untuk memeriksaangkatan tenteranya. Bahauddin bertanya kepadanyabagaimana ia boleh menahan sakitnya. Maka Salahuddinmenjawab, "Penyakit akan meninggalkankuapabila kamu menunggang kuda".
Dalam ketika yang lain ia sebenarnya dalam keadaanyang lemah akibat sakit tetapi pergi memburu musuhsepanjang malam. "Apabila ia sakit", kata Bahauddin,Aku dan doktor akan bersamanya sepanjang malam. Iatidak dapat tidur akibat menahan sakit, tetapi apabilapagi menjelang, ia akan menunggang kuda untuk melawanmusuh. Ia menghantar anak-anaknya ke medan perangsebelum memerintahkan orang lain berbuat demikian. Akudan doktornya bersamanya sepanjang hari menunggangkuda sehinggalah musuh berundur apabila senjamenjelang. Ia hanya akan kembali ke khemahselepas memberikan arahan untuk kawalan keselamatanpada waktu malam".
Dalam kesungguhan, semangat dan ketahanan rasanyatiada siapa yang boleh menandingi Salahuddin.Kadang-kadang ia sediri pergi ke kawasan perkhemahantentera musuh bersama perisik-perisiknya sekali bahkandua kali sehari. Ketika berperang ia sendiri akanpergimerempun celah-celah tentera musuh yang sedang mara.Ia sentiasa mengadakan pemeriksaan ke atas setiaptenteranya dan memberikan arahan kepadapanglima-panglima tenteranya. Bahauddin adamencatatkan satu kisah yang menunjukkan betapaberaninya Salahuddin. Salahuddin diberitahu bahwa iaselalu mendengarbacaan hadis pada masa lapang bukannya ketika perang.Apabila mendengar perkara ini ia segera mengarahkansupaya hadis-hadis dibacakan kepadanya ketikapeperangan sedang berkecamuk dengan sengitnya.
Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tenteraSalib yang datang untuk menentangnya. Dalam beberapaketika, tentera Salib berjumah sehingga 600,000 orang,tetapi Salahuddin menghadapinya dengantentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolonganAllah ia menang, membunuh banyak musuh dan membawabanyak tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satupetanglebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjataberat mendarat pada satu petang.
Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecualiSalahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasakepungan ini, serangan mendadak besar-besaran darimusuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut.Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tenteraIslam bahkan telah sampai ke khamah Salahuddin danmencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan denganteguhnya dan berjaya mengatur tenteranyakembali sehingga ia berjaya membalikkan kekalahanmenjadi kemenangan. Musuh telah kalah telak danberundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat.
Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-citaSalahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkatakepadanya, "Aku hendak beri tahu padamu apa yang adadalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruhtanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkantanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhirlalu ku ucapkan selamat tinggal.
Salahuddin sebagai ulama
Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh.Ia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab danadat-adat mereka. Bahkan ia mengetahui sifat-sifatkuda Arab walaupun ia sebenarnya orang Kurd. Iasangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumatdari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasaberjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya.Di samping Qur'an ia juga banyak menghafal syair-syairArab.
Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddinberpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalamilagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis sertasanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usulfigh dan juga tafsir Qur'an.
Rujukan :Bahauddin bin Shaddad. 1234M,632H.Al-Nawadir-I-Sultania: Sirat Salahuddin (BinNawadir-I-Sultania). Mesir (diterbitkan 1317h):31,32-33, 7,155Poole S. L. 1914. Saladin. New York: 72, 99
Note : Salahuddin adalah yang menghidupkan Mawlid NabiMuhammad saw,hingga tentara islam terus berjaya.